• LOGO

    s
  • Kalendar

    April 2024
    M T W T F S S
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    2930  
  • Entri

  • Perkongsian

  • Administrator

  • : Bilangan Pelawat :

    • 22,237 hits
  • Maklumat Lanjut? Hubungi

    HAJI ISHAK B DUN : 013-5216689, UST ZAMRI HASHIM: 013-5200914 , UST AZAM HAMZAH : 019-5559695

Kami Telah Berpindah…

Assalamualaikum, kami telah berpindah ke aimstam.blogspot.com HARAP MAKLUM…

Notis Pemberitahuan

Assalamualaikum, blog ini sedang di selanggarakan dan dinaik taraf. Kami memohon maaf atas segala kesulitan. Harap Maklum…

Ramah mesra bersama Dr.Abdullah maa’ruf Bin Abid Umar

Alhamdulillah,
kami warga AIM telah dikunjungi oleh seorang tokoh yang sangat disegani yang tidak asing lagi,iaitu Dr.Abdullah maa’ruf Bin Abid Umar pada 2 Julai yang lalu di AKADEMI IKATAN MUSLIMIN,di sini.


Siapakah beliau?

-warga palestin
-Ketua bahagian Media & Perhubungan Masjid Al-Aqsa.
-Ketua jabatan Sejarah & Akademi Islam,Universiti Malaya(Pensyarah)

kebetulan beliau telah dijemput untuk memberikan ceramah Palestin oleh ITP semalamnya..
Di sini beliau ditemani seorang mahasiswa UM (pelajarnya) telah beramah mesra bersama semua warga AIM dengan memberi perkongsian semangat mengenai “Pembebasan Masjid al-aqsa”! .

Diantara Mutiara Kata yang mampu dikongsikan di sini:

1.kita sebagai seorang muslim yg mempunyai fikrah islam,mestilah menjadikan Isu pembebasan Masjid Al-Aqsa sebagai satu JIHAD dan keutamaan di samping menjalani kehidupan seharian

2.Kita mestilah berusaha untuk menyampaikan maklumat & kesedaran kepada masyarakat tentang Isu pembebasan Masjid Al-Aqsa dengan kemahiran & kemampuan yang dimiliki sebagai bukti/pelepasan kita dihadapan Allah s.w.t kelak.

3.Hadis Nabi SAW:”Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan umat islam,maka dia tidak tergolong bersama kami!”

Sepanjang majlis ini berlangsung,Kami juga telah di sajikan dengan persembahan oleh kumpulan nayid “Shoutul Ra’du” yang juga merupakan kumpulan nasyid rasmi Akadmi Ikatan Muslimin.Program ini telah diakhiri dengan bersalam-salaman dan bergambar beramai-ramai.

Kedatangan beliau ke Akademi Ikatan Muslimin sangat dihargai & sangat dialu-alukan…

*p/s-kalau sempat kami akan muat naik-kan rakaman video perkongsian beliau..insya-Allah.!

Demonstrasi Solidariti Turki – ‘Kami Turun…’

Kuala Lumpur, 4 Jun: Alhamdulillah. Dengan izin Allah, kami dapat juga bersama-sama Aman Palestin, ISMA dan PEMBINA dalam demonstrasi aman untuk menyerahkan memorandum sokongan kepada pihak kedutaan Turki. Tindakan ini mewakili suara rakyat Malaysia menyokong tindakan pihak Turki ke atas Israel.

Kejadian yang menyebabkan berlakunya pembunuhan ke atas 20 sukarelawan konvoi Lifeline 4 Gaza (LL4G) pada beberapa hari lepas telah membuatkan pihak Turkey mengambil langkah agresif. Memutuskan hubungan diplomatic dua hala antara negara itu dengan Israel. Dengan ini, AIM turut bersama dalam menyokong tindakan tersebut.

Kami bertolak ke KL pada pukul 5.00 pagi dan tiba di kawasan berhampiran pejabat kedutaan Turki sekitar jam 8.00 pagi menaiki sebuah bas. Walaupun terpaksa mengharungi separuh perjalanan tanpa air-cond, itu bukan suatu halangan. Semangat itu lebih membakar.

Selama dua jam bermula 10 pagi jalan raya di hadapan bangunan kedutaan mulai membahang dengan laungan-laungan yang membakar. Lilitan kepala berwarna merah dengan kalimah ‘End The Siege’ kelihatan di mana-mana saja. Laungan demi laungan terdengar di angkasa sewaktu demonstrasi. Antaranya, “Khaibar Khaibar Ya Yahud, Jaishu Muhammad Saufa Ya’ud” – (Khaibar khaibar wahai yahudi, tentera Muhammad akan kembali), dan “Hancur hancur yahudi, hidup Turki, hidup Palestin”.

Murabbi kami, Ustaz Shaharuzzaman Bistamam selaku wakil Aman Palestin Perak memberikan ucapan di tengah-tengah demonstrasi. Kata-kata yang penuh bersemangat.

Teringat firman Allah dari Surah al-Baqarah yang bermaksud; “Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka”. Dan, kita sekali-kali tidak akan tunduk kepada mereka. Sesungguhnya tiada kompromi untuk musuh Islam. Pasti.

Biro Media,

Akademi Ikatan Muslimin.

Salam Hari Murabbi buat Guru-Guru AIM

Alhamdulillah, tarikh 3 Jun 2010 berjaya juga menjanjikan kenangan manis buat warga Akademi Ikatan Muslimin (AIM) secara keseluruhannya khususnya buat para guru-guru. Keletihan mengharungi badai peperiksaan selama lebih kurang dua minggu berturut-turut ditutup dengan satu majlis yang cukup meriah. Salam Hari Murabbi – anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) AIM dengan tema “Di dunia, engkau menulis rijal yang bakal menggegarkan dunia!”

Program bermula seawal jam 8.00 pagi dengan aktiviti memasak bersama murabbi. Menu yang dipilih adalah cukup istimewa buat warga AIM – rendang ayam, kek coklat, koktail, cornflakes madu dan banyak lagi. Secara rasminya, program bermula pada pukul 10.30 pagi. Majlis perasmian ini dibuka dengan alunan merdu ayat suci al-quran yang diperdengarkan oleh saudara Ikramah Aldin dari ayat 30 – 36 surah al-Baqarah.

Sejurus itu, ustaz Najib selaku wakil warga pendidik AIM memberikan ucapan bersempena program ini. Beliau yang juga merupakan biro Hal Ehwal Pelajar tidak sekadar mengucapkan tahniah atas kelangsungan program ini, malah turut menyelitkan kalam-kalam berunsur nasihat. Tempoh yang tinggal lebih kurang empat bulan sebelum peperiksaan sebenar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tidak seharusnya menjadi kelekaan buat para pelajar, malahan sepatutnya ia digunakan untuk menggandakan usaha untuk mencapai target – 10 mumtaz dalam STAM nanti. Insya- Allah. Amin.

Setelah itu, majlis disusuli dengan hiburan nasyid yang disampaikan ahli kumpulan nasyid akademi atau sinonim dengan nama Ar-Ra’du. Kemudiannya diteruskan dengan ucapan wakil pelajar, tayangan video, penyampaian hadiah dan jamuan. Majlis berakhir pada pukul 12.30 tengahari.

Biro Media,

Akademi Ikatan Muslimin.

Demi Al-Aqsa, Kami Rela!

Ipoh, 13 Mei 2010: Isu palestin tidak akan sirna selagi mana setiap inci tanahnya masih di bawah penjajahan kuku besi Zionis. Keganasan ke atas rakyatnya sudah cukup untuk menggambarkan bahawa  isu umat, isu kemanusiaan, dan isu insan sejagat sedang terus dicalari.

Pada 13 Mei lalu, seluruh warga AIM  telah turun padang ke Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) menjadi sukarelawan bagi menjayakan sebuah program besar – Konvensyen Selamatkan Masjid al-Aqsa dari Ancaman Zionis atau ringkasnya KOSMAZ yang merupakan anjuran bersama antara INTIM dan dua buah badan NGO – Aman Palestin dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA). Para peserta yang hadir untuk program ini agak tidak terhitung ramainya. Agak megagumkan walaupun isu ini masih baru dalam masyarakat.

Terdapat tiga tajuk pembentangan yang disampaikan dalam konvensyen ini. Apa yang menariknya, seorang warga palestin turut dijemput untuk menyampaikan pembentangan. Beliau merupakan ketua media Palestin dan juga merupakan seorang pensyarah di UKM. Pengalaman beliau berhadapan dengan askar-askar rejim Zionis sudah cukup untuk menerangkan isu ini kepada audiens.

Salahuddin Ayubi, seorang tokoh panglima Islam yang pernah membuka Palestin mengucapkan kata-kata ini; “Sesiapa yang menguasai Palestin bererti dia menguasai dunia”

Konvensyen ini berakhir dengan jayanya pada pukul 4.30 petang. Bersyukur kepada Allah dengan ruang yang diberi menjayakan program ini. Alhamdulillah.

Berita Terkini!

Salamullahi’alaikum!!

Perasaan gementar meresap ke dalam saluran darah semua penuntut AIM kerana tepat pukul 8 pagi pada 24 mei 2010 sehingga 3 jun 2010 akan berlangsungnya peperiksaan 1 yang  merupakan julung kali dibuatkan di Akademi Ikatan Muslimin. Kami mengharapkan sokongan yang padu daripada ibu bapa serta sahabat-sahabat seperjuangan agar dapat mendoakan penuntut sekalian tenang semasa menjawab soalan…

Semoga berjaya buat semua warga Akademi Ikatan Muslimin tak kira ustaz mahupun penuntut sekalian. Bittaufiq wannajah fiid dunya wal akhirah..ameen.

Tahniah A.I.M !

Assalamualaikum.

Tahniah diucapkan kepada para peserta Akademi Ikatan Muslimin yang telah menyertai Musabaqah Al-quran peringkat Universiti Swasta 2010.

Untuk maklumat umum,pertandingan ini telah diadakan pada….di Universiti Teknologi Petronas(UTP).pertandingan ini juga telah diwakili oleh beberapa universiti swasta di sekitar negeri Perak, seperti UPSI,UTP,UNIKL(caw.Perak),Institut Perguruan Ipoh dan lain-lain.

Kategori untuk pertandingan kali ini adalah daripada Surah-surah pilihan dalam Al-Quran seperti surah As-sajadah,Yaasin,Al-Waqiah,Ar-rahman,Al-qiamah,Al-Mulk dan lain-lain. Para peserta akan dibekalkan dengan 4 soalan.3 soalan pertama merupakan soalan menyambung ayat-ayat al-quran.dan soalan yang ke-4 merupakan soalan IBRAH (pengajaran) dari ayat-ayat surah juz30.

Akademi Ikatan Muslimin telah mengahantar 4 orang peserta.2 orang Mahasiswa + 2 orang mahasiswi.:

1.Muhammad Zulhilmi B. Azmi

2.Muhammad Naim Syaqiq B. Badauddin

3.Nuraini Sakeenah Lee Bt. Adi Johan Lee

4.Nurul Sakinah Bt. Azmi

Para peserta ini telah diiringi oleh Pengetua AIM sendiri, Ustaz Zolkifli bin Ismail dan diiringi 2 penyokong perempuan dan 2 orang Media A.I.M.

Bagi Kategori Lelaki, Tempat pertama(johan) telah disandang oleh Muhammad Zulhilmi B. Azmi

JOHAN kategori lelaki

Bagi kategori Perempuan,tempat pertama(johan) juga telah disandang oleh Nurul Sakinah Bt. Azmi

JOHAN kategori Perempuan

*JOHAN telah mendapat sebuah Hamper Besar + wang tunai sebanyak RM100.00

Kemenangan besar ini telah menaikkan nama Akademi Ikatan Muslimin ke persada Malaysia setanding IPTS-IPTS yang terkemuka di seluruh Malaysia.

Semoga dengan kemenanagan ini dapat melonjakkan lagi AIM ke peringkat yang lebih tinggi di mata masyarakat.insya-allah AMEEN.

wallahua’lam.

Apakah Erti Saya Menyertai STAM?

Salam Alaik !

Tidak lama lagi,seperti kebiasaan setiap tahun,semua calon peperiksaan SPM akan berdebar untuk menerima “result” .Pada masa ini juga,ramai juga dikalangan Mahasiswa/siswi STAM mula untuk membuat keputusan,samada meneruskan pengajian di STAM @ bahagian professional yang lain.

suasana ini bulkanlah berlaku buat pertama kali,tetapi ia merupakan fenomena yang biasa setiap tahun.Sudah pastinya akan ada yang keluar & masuk setelah result spm diumumkan.Dengan itu,Pihak AIM telah merancang satu Kursus@FORUM mengenai “Apakah Erti Saya Menyertai STAM?” ,Diantara Objektif yang digariskan adalah:

  • Memberi Kesedaran tentang keperluan bidang Syariah dalam kalangan Masyarakat (M’sia)
  • Membetulkan presepsi & konteks “Al-Ustaz” yang sebenar mengikut neraca islam

Alhamdulillah,dengan izin-NYA, Kursus ini telah berjalan dengan jayanya pada Sabtu lepas(20 Feb 2010) di Akademi Iktan Muslimin yang telah disampaikan oleh Ustaz Fauzi Asmuni(Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia ISMA),bertajuk :~ CABARAN & HARAPAN~

Semoga Allah mempermudahkan para mahasiswa/siswa di dalam merbuat keputusan yang paling tepat,sesuai .Di sini saya tampilkan slide Kursus .Harapan dan Cabaran

Wallahu’alam.

Membina Generasi Harapan >>>

Salam sejahtera !

Seiring dalam proses pembentukan peribadi sebagai seorang muslim yang proaktif + produktif, Persatuan Belia Islam Nasional(caw. perak) telah menganjurkan satu lagi siri Program bersama masyarakat .Kali ini Surau Al-Amin,Kampar telah menjadi destinasi pilihan kali ini.

Alhamdulillah,seperti yang dirancangkan…program bermula selepas isyak dengan penyampaian tazkirah oleh Ustaz Zolkifli Bin Ismail(Pensyarah,Akademi Ikatan Muslimin) dengan tajuk” Ukhuwwah fil Islam”(persaudaraan dalam islam)DSCN3622

P/S:program kali ini khusus buat kaum Adam(lelaki) shj..

seterusnya.sedikit aktiviti ta’aruf dijalankan antara kami dan ahli qariah surau Al-Amin.

DSCN3627

keesokannya,Qiamullail Jamaie’ dijalankan pada jam 4.30pg.sejurus selepas solat subuh berjamaah + Al-ma’thurat,pengisian rohani disampaikan oleh Ustaz Zamri B. Hashim(Timb. Pengerusi PEMBINA perak)…tajuk kuliah yang disampaikan ialah “Amalan Kebaikan Selepas Kematian !”

DSCN3638

Alhamdulillah,kami sangat bertuah kerana dijemput untuk makan sarapan di rumah pengerusi Surau Al-Amin, sebelum berlangsungnya perlawanan persahabatan Sukan-sukan.

DSCN3652

P/S: makan nasi lemak dan teh panas…pergh..cukup bertenaga dan puas.terima kasih pakcik….

Akhirnya…masa yang ditunggu-tunggu tiba,iaitu Perlawanan persahabatan antara kumpulan ahli qariah Suaru Al-Amin,kampar  VS Ahli PEMBINA caw.perak.Antara permainan yang dijalankan adalah Bola Sepak,Ping-Pong,Sepak takraw.Aktiviti ini juga merupakan aktiviti kemuncak program pada kali ini.

DSCN3666 DSCN3667 DSCN3664

DSCN3669 DSCN3674 DSCN3698

DSCN3715 DSCN3716 DSCN3740

P/S : boleh tahan jugak pakcik2 veteran ni…..iangat dah tak larat dah…JIWA MUDA kot..

secara kesuluruhannya.kumpulan PEMBINA caw.perak telah menjuarai kejohanan sukan pada kali ini.Tahniah diucapkan…