• LOGO

    s
  • Kalendar

    June 2010
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    282930  
  • Entri

  • Perkongsian

  • Administrator

  • : Bilangan Pelawat :

    • 16,729 hits
  • Maklumat Lanjut? Hubungi

    HAJI ISHAK B DUN : 013-5216689, UST ZAMRI HASHIM: 013-5200914 , UST AZAM HAMZAH : 019-5559695
  • Advertisements

Demi Al-Aqsa, Kami Rela!

Ipoh, 13 Mei 2010: Isu palestin tidak akan sirna selagi mana setiap inci tanahnya masih di bawah penjajahan kuku besi Zionis. Keganasan ke atas rakyatnya sudah cukup untuk menggambarkan bahawa  isu umat, isu kemanusiaan, dan isu insan sejagat sedang terus dicalari.

Pada 13 Mei lalu, seluruh warga AIM  telah turun padang ke Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) menjadi sukarelawan bagi menjayakan sebuah program besar – Konvensyen Selamatkan Masjid al-Aqsa dari Ancaman Zionis atau ringkasnya KOSMAZ yang merupakan anjuran bersama antara INTIM dan dua buah badan NGO – Aman Palestin dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA). Para peserta yang hadir untuk program ini agak tidak terhitung ramainya. Agak megagumkan walaupun isu ini masih baru dalam masyarakat.

Terdapat tiga tajuk pembentangan yang disampaikan dalam konvensyen ini. Apa yang menariknya, seorang warga palestin turut dijemput untuk menyampaikan pembentangan. Beliau merupakan ketua media Palestin dan juga merupakan seorang pensyarah di UKM. Pengalaman beliau berhadapan dengan askar-askar rejim Zionis sudah cukup untuk menerangkan isu ini kepada audiens.

Salahuddin Ayubi, seorang tokoh panglima Islam yang pernah membuka Palestin mengucapkan kata-kata ini; “Sesiapa yang menguasai Palestin bererti dia menguasai dunia”

Konvensyen ini berakhir dengan jayanya pada pukul 4.30 petang. Bersyukur kepada Allah dengan ruang yang diberi menjayakan program ini. Alhamdulillah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: