• LOGO

    s
  • Kalendar

    June 2010
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    282930  
  • Entri

  • Perkongsian

  • Administrator

  • : Bilangan Pelawat :

    • 16,237 hits
  • Maklumat Lanjut? Hubungi

    HAJI ISHAK B DUN : 013-5216689, UST ZAMRI HASHIM: 013-5200914 , UST AZAM HAMZAH : 019-5559695
  • Advertisements

Demonstrasi Solidariti Turki – ‘Kami Turun…’

Kuala Lumpur, 4 Jun: Alhamdulillah. Dengan izin Allah, kami dapat juga bersama-sama Aman Palestin, ISMA dan PEMBINA dalam demonstrasi aman untuk menyerahkan memorandum sokongan kepada pihak kedutaan Turki. Tindakan ini mewakili suara rakyat Malaysia menyokong tindakan pihak Turki ke atas Israel.

Kejadian yang menyebabkan berlakunya pembunuhan ke atas 20 sukarelawan konvoi Lifeline 4 Gaza (LL4G) pada beberapa hari lepas telah membuatkan pihak Turkey mengambil langkah agresif. Memutuskan hubungan diplomatic dua hala antara negara itu dengan Israel. Dengan ini, AIM turut bersama dalam menyokong tindakan tersebut.

Kami bertolak ke KL pada pukul 5.00 pagi dan tiba di kawasan berhampiran pejabat kedutaan Turki sekitar jam 8.00 pagi menaiki sebuah bas. Walaupun terpaksa mengharungi separuh perjalanan tanpa air-cond, itu bukan suatu halangan. Semangat itu lebih membakar.

Selama dua jam bermula 10 pagi jalan raya di hadapan bangunan kedutaan mulai membahang dengan laungan-laungan yang membakar. Lilitan kepala berwarna merah dengan kalimah ‘End The Siege’ kelihatan di mana-mana saja. Laungan demi laungan terdengar di angkasa sewaktu demonstrasi. Antaranya, “Khaibar Khaibar Ya Yahud, Jaishu Muhammad Saufa Ya’ud” – (Khaibar khaibar wahai yahudi, tentera Muhammad akan kembali), dan “Hancur hancur yahudi, hidup Turki, hidup Palestin”.

Murabbi kami, Ustaz Shaharuzzaman Bistamam selaku wakil Aman Palestin Perak memberikan ucapan di tengah-tengah demonstrasi. Kata-kata yang penuh bersemangat.

Teringat firman Allah dari Surah al-Baqarah yang bermaksud; “Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka”. Dan, kita sekali-kali tidak akan tunduk kepada mereka. Sesungguhnya tiada kompromi untuk musuh Islam. Pasti.

Biro Media,

Akademi Ikatan Muslimin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: