• LOGO

    s
  • Kalendar

    June 2010
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    282930  
  • Entri

  • Perkongsian

  • Administrator

  • : Bilangan Pelawat :

    • 16,237 hits
  • Maklumat Lanjut? Hubungi

    HAJI ISHAK B DUN : 013-5216689, UST ZAMRI HASHIM: 013-5200914 , UST AZAM HAMZAH : 019-5559695
  • Advertisements

Salam Hari Murabbi buat Guru-Guru AIM

Alhamdulillah, tarikh 3 Jun 2010 berjaya juga menjanjikan kenangan manis buat warga Akademi Ikatan Muslimin (AIM) secara keseluruhannya khususnya buat para guru-guru. Keletihan mengharungi badai peperiksaan selama lebih kurang dua minggu berturut-turut ditutup dengan satu majlis yang cukup meriah. Salam Hari Murabbi – anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) AIM dengan tema “Di dunia, engkau menulis rijal yang bakal menggegarkan dunia!”

Program bermula seawal jam 8.00 pagi dengan aktiviti memasak bersama murabbi. Menu yang dipilih adalah cukup istimewa buat warga AIM – rendang ayam, kek coklat, koktail, cornflakes madu dan banyak lagi. Secara rasminya, program bermula pada pukul 10.30 pagi. Majlis perasmian ini dibuka dengan alunan merdu ayat suci al-quran yang diperdengarkan oleh saudara Ikramah Aldin dari ayat 30 – 36 surah al-Baqarah.

Sejurus itu, ustaz Najib selaku wakil warga pendidik AIM memberikan ucapan bersempena program ini. Beliau yang juga merupakan biro Hal Ehwal Pelajar tidak sekadar mengucapkan tahniah atas kelangsungan program ini, malah turut menyelitkan kalam-kalam berunsur nasihat. Tempoh yang tinggal lebih kurang empat bulan sebelum peperiksaan sebenar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tidak seharusnya menjadi kelekaan buat para pelajar, malahan sepatutnya ia digunakan untuk menggandakan usaha untuk mencapai target – 10 mumtaz dalam STAM nanti. Insya- Allah. Amin.

Setelah itu, majlis disusuli dengan hiburan nasyid yang disampaikan ahli kumpulan nasyid akademi atau sinonim dengan nama Ar-Ra’du. Kemudiannya diteruskan dengan ucapan wakil pelajar, tayangan video, penyampaian hadiah dan jamuan. Majlis berakhir pada pukul 12.30 tengahari.

Biro Media,

Akademi Ikatan Muslimin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: